10,000 PENGUNJUNG HADIR KE KARNIVAL 3K USHWANE

RASMI: Ewon (dua kiri) dan Khairul (tengah) dan Rowindy (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain ketika dalam majlis perasmian itu.

PENAMPANG: 10,000 pengunjung memeriahkan Karnival Keunikan, Kesenian dan Kebudayaan (3K) yang julung kalinya dianjurkan Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar Sabah (USHWANE).

Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi USHWANE, Rowindy Lawrence berkata, acara selama dua hari itu diadakan di Buhavan Square, Donggongon pada 7 Disember sehingga 8 Disember lalu.

Katanya, antara yang paling mendapat sambutan pengunjung adalah Jualan Rahmah MADANI ANGKASA dan Peladang Penampang di mana beras yang dijual pada harga istimewa, laris dibeli dalam masa singkat.

 

Katanya, 300 kampit beras habis terjual dalam masa 30 minit sahaja sehingga bekalan 300 lagi kampit beras dihantar semula ke tapak karnival.

“Saya berbesar hati dan berbangga melihat sokongan daripada semua pihak yang menjayakan karnival sulung USHWANE ini.

“Salah satu mesej utama yang ingin saya sampaikan malam ini adalah betapa pentingnya sinergi antara pelancongan dan keusahawanan kerana kedua-dua sektor ini saling melengkapi dan berpisah tiada,” katanya.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan.

Hadir sama Ahli Parlimen Penampang merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, serta tetamu kehormat yang lain.

“Di Sabah, industri pelancongan adalah antara sumber utama kepada ekonomi negeri.

ALBUM: Para tetamu kehormat dan masyarakat yang hadir pada majlis berkenaan merakamkan gambar kenangan.

“Produk-produk tempatan seperti kraf tangan, tekstil, makanan tradisional dan seni budaya kita menjadi tarikan utama kepada pelancong.

“Dalam masa yang sama, ia juga memberikan peluang yang besar kepada usahawan untuk menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu katanya, USHWANE komited untuk terus menyokong usahawan-usahawan wanita luar bandar, khususnya dengan membantu mengembangkan perniagaan mereka dengan kerajaan Malaysia MADANI sebagai jambatan untuk merealisasikan aspirasi itu.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …