#SANTAISELASA: KISAH KETUPAT SOTONG

Ketupat Sotong, juga dikenali sebagai sotong sumbat atau tuppat sotong, adalah hidangan tradisional yang terkenal di Kelantan dan Terengganu.

Hidangan ini menggunakan sotong dan beras pulut sebagai bahan utama, di mana beras pulut dimasak terlebih dahulu sebelum diisikan dalam sotong dan direbus dalam kuah santan.

Ketupat Sotong berasal dari masyarakat nelayan di pantai timur, yang mencipta hidangan ini untuk mengatasi lambakan sotong semasa musim mencandat.

Terdapat dua versi berbeza antara Kelantan dan Terengganu; versi Kelantan menggunakan gula melaka atau nise dalam kuah santan, sementara versi Terengganu hanya menggunakan santan, garam, gula, bawang, halba dan halia.

Mana satu idaman hati, anda harus cuba kedua-duanya!

Sumber: Pemetaan Budaya JKKN

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …