PENGEDAR BAWA 3 KILO SYABU DITAHAN DALAM SERBUAN DI LAHAD DATU

SYABU: Dzulbaharin (dua kanan) menunjukkan syabu yang berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan.

LAHAD DATU: Polis merampas tiga kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM131,050 susulan tangkapan seorang lelaki di I-Peak Business Centre Jalan Lahad Datu Tungku, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat risikan mengenai pengedaran dadah di lokasi berkenaan.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu menjalankan serbuan kira-kira jam 12.45 tengah hari.

“Serbuan berkenaan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun disyaki pengedar dadah di Lorong I-Peak, di sini.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek terbabit menemukan lapan paket berlainan saiz mengandungi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 3,055 gram,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, semua dadah yang dirampas daripada suspek terbabit boleh digunakan oleh kira-kira 15,775 orang penagih di daerah ini.

Katanya, suspek dan dadah yang dianggarkan bernilai RM131,050 di bawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Suspek terbabit disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup,” katannya.

Sementara itu, Dzulbaharin berkata, jumlah keseluruhan rampasan dadah yang direkodkan IPD Lahad Datu dalam tempoh Januari hingga 8 November ini adalah sebanyak 5,167.86 gram dan dianggarkan bernilai RM178,464.60.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

Kebenaran Memang Pahit Untuk Ditelan, Tetapi Membisu Juga Satu Moral Integriti Yang Kecundang

Realiti di tempat kerja sering kali menyaksikan kebenaran menjadi sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Tidak ramai individu mahupun ketua …

93 PTI DITAHAN DALAM 15 OPERASI IMIGRESEN DI SABAH

OPERASI: Antara PTI yang ditahan JIM Sabah dalam operasi berkenaan. KOTA KINABALU: Seramai 93 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan Jabatan …

BELAJAR MELIHAT, KEMUDIAN BERANI MELIHAT SECARA BERBEZA

Di dalam dunia yang semakin kompleks, ancaman keselamatan tidak semestinya hadir dalam bentuk yang jelas dan mudah dikenal pasti. Ada …