SISIPAN SEJARAH: MALAYSIA TERPILIH SEBAGAI ANGGOTA TIDAK TETAP MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNSC)

Pada 16 Oktober dalam tahun 2014, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia apabila dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam satu sesi undian secara sulit yang diadakan di New York, Amerika Syarikat. Berita gembira ini diumumkan oleh YB Datuk Seri Anifah bin Haji Aman, Menteri Luar dalam satu sidang media di New York. Pada sesi undian tersebut, Malaysia mendapat 187 undi daripada 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain Malaysia, empat lagi negara turut dipilih, iaitu Angola, Venezuela, New Zealand dan Sepanyol bagi mengisi kekosongan tersebut. Malaysia mula berkhidmat secara rasmi mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016. Malaysia sebelum ini pernah dipilih sebanyak tiga kali sebagai Anggota Tidak Tetap UNSC, iaitu pada 1965-1966, 1989-1990 dan 1999-2000. UNSC dianggotai 15 negara dengan lima daripadanya anggota tetap yang mempunyai kuasa veto dan 10 anggota tidak tetap bagi penggal dua tahun. Fungsi UNSC antara lainnya ialah untuk menjamin keselamatan dan keamanan antarabangsa.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …

Kes Penemuan Mayat Bayi Tanpa Kepala di Hulu Terengganu: Di Mana Kepincangan dan Penyudahnya

Penemuan mayat bayi tanpa kepala di dalam longkang Taman Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu pada 16 Oktober 2026 telah menggemparkan …