LELAKI DITAHAN MEMANDU LORI TRELER LAWAN ARUS

PERIKSA: Pemandu lori treler terbabit ditahan oleh pasukan polis trafik.

PAPAR: Seorang pemandu lori treler yang dipercayai memandu dalam keadaan merbahaya dengan melawan arus di Kilometer 8, Lebuhraya Pan Borneo, di sini, berjaya ditahan pagi tadi.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pagi tadi, oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar selepas terkesan dengan satu video tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya mengarahkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Papar menjalankan siasatan bagi mengesan treler berkenaan.

“Pasukan polis trafik akhir berjaya mengesan dan menahan pemandu treler terbabit berhampiran Pekan Papar.

“Pemandu dan kenderaan kemudian dibawa ke IPD Papar untuk siasatan lanjut, kira-kira jam 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamaruddin berkata, hasil siasatan awal polis, mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, pada 8 November lalu.

Menurutnya, ketika kejadian itu, pemandu treler jenis Nissan dari Nagapas menuju ke Kota Kinabalu dan dipercayai tersilap jalan kerana keliru sebelum masuk aliran trafik yang salah hampir 20 meter.

“Pemandu terbabit kemudian mengambil tindakan dan terus mengundur treler untuk masuk ke laluan asal,” katanya.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan yang dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 54 saat yang dikongsikan di media sosial memaparkan sebuah treler dipandu melawan arus di satu selekoh selepas laluan lurus di kawasan sawah padi.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …