PENYELIA SYARIKAT DITAHAN KES GANGGUAN SEKSUAL PELAJAR PRAKTIKAL

TANGKAP: Suspek ditahan selepas laporan diterima daripada mangsa.

TAWAU: Seorang penyelia kewangan di sebuah syarikat perladangan di daerah ini ditahan selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar praktikal wanita di syarikat berkenaan, Sabtu lepas.

Suspek berusia 34 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, selepas polis menerima laporan daripada mangsa berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner, Jasmin Hussin berkata, kejadian didakwa telah berlaku di sekitar pejabat syarikat berkenaan, pada 4 hingga 6 September lalu.

Katanya, mangsa seorang pelatih industri mendakwa telah berulang kali menjadi sasaran gangguan seksual daripada suspek.

“Mangsa ditanya beberapa soalan dengan menggunakan perkataan lucah kepada mangsa sehingga menyebabkan dia tidak berasa selesa.

“Suspek juga didakwa merendah-rendahkan mangsa selain turut membandingkan mangsa dengan pelajar praktikal sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, susulan daripada itu, pada 12.10 tengah hari pada Sabtu, polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau telah menahan suspek di sekitar bandar.

“Suspek dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama.

“Polis memandang serius dalam menangani kes gangguan seksual di tempat kerja dan akan memastikan siasatan yang dijalankan dengan telus dan adil,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …