WANITA MELECUR DI TANGAN DALAM KEBAKARAN DI BELURAN

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di tempat kejadian.

BELURAN: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas rumah mereka di Kampung Kuala Sapi, di sini musnah terbakar, awal pagi tadi.

Mangsa Ronis Jonus, 35, melecur di bahagian tangan ketika cuba menyelamat diri bersama tiga ahli keluarga yang lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.56 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota dan pegawai bersama lima jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal sudah musnah dalam kebakaran dan usaha memadam terus dijalankan.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dari sumber air sungai berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa wanita mengalami kecederaan melecur di tangan dan telah diberikan rawatan awal oleh anggota bomba.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.58 pagi dan setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 6.25 pagi.

“Pasukan bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian mangsa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …