TIGA BERANAK DISYAKI PENGIKUT AJARAN SESAT THE AHMADI DITAHAN DI SEREMBAN

Tiga beranak disyaki pengikut ajaran sesat The Ahmadi Religion of Peace Light (AROPL) ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Taman Bukit Ampangan di sini pada Rabu lalu. Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pasukan penguatkuasaan JHEAINS turut merampas beberapa dokumen yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran terbabit serta sebuah komputer tablet.

Menurut Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, penahanan pasangan suami isteri dan anak perempuan mereka susulan terdapat maklumat cuba menyebarkan ajaran berkenaan. Lelaki itu berusia 60-an dan merupakan pesara kerajaan manakala isterinya berusia 50-an dan anak perempuannya pula berusia 20-an sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Berdasarkan maklumat awam kita difahamkan mereka cuba sebarkan ajaran berkenaan dan dipercayai telah mengikutnya sejak setahun lalu. Ajaran atau fahaman ini adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana antara yang dipercayai ialah kiblat umat Islam bukannya di Makkah tetapi di Jordan. Mereka juga mempercayai al-Quran yang ada sekarang telah pun diubah dan diseleweng oleh Saidina Umar dan ajaran Nabi Muhammad SAW tidak lagi boleh diamalkan. Mereka juga mendakwa berpuasa bukannya pada bulan Ramadan tetapi pada bulan Disember selain tidak perlu menunaikan solat.

Ajaran ini sebenarnya dipelopori oleh seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia di United Kingdom. Dia diberikan gelaran bishop dan sebarkan ajaran itu melalui media sosial. Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu berkaitan dengan ajaran meragukan dan Seksyen 35 iaitu bersubahat melakukan perbuatan jenayah syariah.

Pihaknya bimbang ajaran itu yang pada awalnya cuba disebarkan kepada ahli keluarga, kini cuba disebarkan kepada masyarakat Islam. Siasatan lanjut masih dilakukan. Mereka juga dipercayai telah melakukan baiah atau angkat sumpah mengikut ajaran itu secara dalam talian. Ini adalah tangkapan pertama berkenaan ajaran ini di Negeri Sembilan dan pendakwaan terhadap mereka akan dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis lalu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …