PENGIKUT AJARAN AHMADI DIPENJARA ENAM BULAN, DENDA RM4,500

Seorang pengikut ajaran The Ahmadi Religion of Light and Peace dipenjara enam bulan dan denda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini khamis lalu, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengajar ajaran salah, dua minggu lalu. Zolekafeli Abd Ghani, 60, dijatuhi hukuman itu selepas mengakui faham sebab dan akibat sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa.

Menurut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh didakwa mengajar ajaran salah kepada anak lelakinya berusia 30 tahun yang berlawanan hukum syarak dengan menyatakan Abdullah Hashim adalah imam Mahdi ketiga dan mendakwa ajaran itu sebagai roh Allah yang ada pada Abdullah Hashim.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama dengan menyatakan al-Quran ditokok-tambah oleh Saidina Umar dan kahwin antara adik-beradik dibenarkan dengan syarat dilakukan secara biologi dan bukannya roh. Semua kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Taman Ampangan di sini, antara jam 2 petang hingga jam 4.40 petang, 12 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama. Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan sudah berusia 60 tahun dan pesara bomba yang menanggung isteri serta tiga anak masih belajar. Tertuduh memaklumkan mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit kencing, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Sementara itu, Pendakwa Syarie, Azizudin Abdullah Halim dan Zarul Izham Jaafar dalam hujahan mahkamah pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pernah mengeluarkan kenyataan supaya masyarakat berwaspada dengan ajaran berkenaan. Kesalahan tertuduh sangat serius kerana membabitkan akidah dan boleh menyebabkan murtad, syirik dan kufur.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM1,500 bagi setiap pertuduhan yang berjalan secara berturutan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …