KPKM AKAN SIASAT DAKWAAN ANGGUR “SHINE MUSCAT” ADA KIMIA BERBAHAYA

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat dan membuat pemeriksaan anggur import jenis ‘Shine Muscat’ yang dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya sebagaimana dakwaan agensi Thailand. Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan termasuk MARDI untuk membuat pengesahan.

Sekiranya benar anggur berkenaan mempunyai kandungan sebagaimana yang didakwa, pihaknya akan membuat pengumuman dan tindakan susulan akan diambil.

Sebelum ini, Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan. Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.

Ada dalam kalangan warga maya mengakui bimbang dan tidak senang duduk kerana pernah memakannya meskipun umum mengetahui ‘Shine Muscat’ tidak dijual pada harga murah lebih-lebih lagi jenis yang diimport dari Jepun. Menurut perkongsian pengguna di beberapa media sosial, kebanyakannya berdepan masalah kesihatan yang sama seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk dan asma selepas menikmati anggur tersebut. Meskipun masing-masing memberitahu sudah membersihkannya berulang kali, kesan masih terasa bahkan ada yang mengambil masa berminggu-minggu untuk pulih seperti sediakala.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan belum menerima sebarang aduan berhubung kejadian tidak diingini melibatkan keracunan ‘Shine Muscat’. Bagaimanapun, katanya, pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kes keracunan dan hanya hasil pertanian yang selamat dibawa masuk ke negara ini.

Justeru, orang awam yang berdepan masalah kesihatan sama ada jangka pendek atau panjang selepas memakan ‘Shine Muscat’ diminta membuat laporan kepada pihak berwajib agar isu ‘buah cantik tetapi banyak bahan kimia’ itu dapat ditangani sebaik mungkin.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …