PGA RAMPAS BARANGAN RUNCIT BERNILAI RM10 RIBU

Pada 18 September 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barangan runcit di Pos Pok Teh Kana, Jeram Perdah, Kelantan.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 8 pagi ke atas sebuah kereta Toyota yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan menemukan pelbagai barangan runcit tanpa dokumen sah, dipercayai diseludup dari Thailand, dengan anggaran nilai rampasan RM10,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983, dan suspek serta barang rampasan diserahkan kepada Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …

PROGRAM HARI KEBANGSAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Hari …

PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JIWA …