PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP KOSMETIK

Pada 17 September 2024, Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kosmetik di pengkalan haram Ayam Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 6 petang setelah anggota PGA mendapati beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan, namun semua suspek berjaya melarikan diri.

Pemeriksaan di lokasi menemukan pelbagai jenis barang kosmetik dalam beberapa kotak, dengan anggaran nilai rampasan RM143,000.

Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984, dan barang rampasan diserahkan kepada Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …