MKN KELANTAN: PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KONVOI BELIA MERDEKA

Bersempena Hari Malaysia Tahun 2024, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dengan kerjasama rakan strategik telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Konvoi Belia Merdeka pada 16 September 2024, jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang di Perkarangan Padang Awam Selising dan Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan.

⁠Program ini telah dihadiri lebih daripada 150 penyertaan. Peserta terdiri daripada agensi rakan strategik seperti PDRM, YADIM, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dan lain-lain termasuk 100 orang peserta Konvoi Belia Merdeka bermotosikal.

Program ini dimulakan dengan sesi Konvoi Belia Merdeka yang disertai oleh 100 peserta bermotosikal pelbagai. Turut diselitkan pengisian menarik seperti Sesi Taklimat Keselamatan oleh MKN Kelantan, Penyampaian Bakul Asnaf kepada 10 keluarga miskin sebelum diakhiri dengan kibaran bendera dan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …