TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERANGKAT MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan di Masjid Jamek Muhammadi pada Ahad.

Ketibaan baginda kira-kira jam 7.15 malam dan menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama lebih 1,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Tua 1 Masjid Jamek Muhammadi, Hairul Azizi Mokhtar.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan dimeriahkan dengan perarakan lima buah kenderaan berhias yang disertai oleh masjid bandar dan jajahan terpilih di sekitar daerah Kota Bharu.

Lebih 500 peserta berarak lebih enam kilometer membabitkan laluan dari Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian ke Dataran Rehal dan dari Dataran Rehal menuju ke Masjid Jamek Muhammadi.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …