KKM KESAN KES PERTAMA POSITIF MPOX

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kes positif cacar monyet varian clade II di negara ini, iaitu seorang lelaki warga tempatan.

Kes ini dikenalpasti daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk sepanjang tahun ini. Pesakit mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September, diikuti dengan kemunculan ruam pada 12 September.

Individu tersebut kini dalam isolasi dan keadaan stabil serta tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam 21 hari sebelum gejala timbul.

KKM sedang mengenal pasti dan memantau semua kontak rapat pesakit mengikut SOP yang ketat.

Sejak 26 Julai 2023, kes mpox yang direkodkan di Malaysia adalah varian clade II sahaja.

Bilik gerakan mpox yang diaktifkan pada 16 Ogos 2023 di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan terus memantau situasi dan menyelaraskan langkah kesiapsiagaan serta respons.

KKM juga meneruskan hebahan mengenai kawalan kesihatan kendiri melalui pelbagai saluran media untuk meningkatkan kesedaran awam.

 

Sumber: Bernama, Kementerian Kesihatan

Artikel/Berita Terkini

JPKN DIJENAMA SEMULA, PACU TRANSFORMASI DIGITAL SABAH

PENGHARGAAN: Ernywati menyampaikan cenderahati kepada Hassan sambil disaksikan James Ratib dalam majlis berkenaan. KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus memperkukuh agenda …

AWAS! DADAH BERBENTUK GULA-GULA

Sindiket dadah kini semakin licik dengan menyamarkan bahan terlarang dalam bentuk pil berwarna-warni yang menyerupai gula-gula atau kartun bagi mengelirukan …

LITAR KHAS UNTUK MAT REMPIT

Cadangan membina litar khas untuk mat rempit adalah bertujuan mengurangkan lumba haram di jalan raya, meningkatkan keselamatan awam dan menyalurkan minat belia …