#RONDARABU:PERUT SALAI MASAK LEMAK CILI API ‘MELETUP’ DI KELANTAN

@raremakan Perut muda salai masak cili api 📍Kedai Makan Mazlina Tan Pekan Jelawat Bachok Kelantan ✔️ #raremakan #dagingsalai #perutmuda #kedaimakanmazlinatan #jelawat #bachok ♬ original sound - 𝙍𝙖𝙧𝙚𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣

Masakan salai berasaskan lemak cili api biasanya sinonim dengan orang Negeri Sembilan, namun seorang peniaga kedai makan di Jelawat di sini tidak menyangka percubaannya memperkenalkan menu tersebut di Kelantan ‘meletup’ dan mendapat sambutan.

Lebih menarik apabila ia bukan sahaja menampilkan daging, itik, ikan keli semata-mata tetapi buat pertama kalinya menu perut lembu salai masak lemak cili api dihasilkan.

Menu yang diperkenalkan sejak empat bulan lalu itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan, bukan sahaja dari Kelantan tetapi Terengganu dan Pahang.

Resipi masak lemak cili api itu dipelajari daripada orang Rembau, Negeri Sembilan yang dikenali sebagai paksu dan cukup terkenal dengan masakan tersebut di Machang.

Kalau berkunjung ke Kelantan, wajib masukkan dalam checklist JJCM atau menu wajib cuba ya!

 

Sumber: Sinar Harian, raremakan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …