BOMBA SELAMATKAN PESAKIT CUBA TERJUN BANGUNAN HOSPITAL

SANDAKAN: Seorang pesakit yang cuba terjun dari tingkat satu bangunan Hospital Duchess Of kent (HDOK), di sini berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Lelaki berusia 33 tahun itu berjaya diselamatkan selepas lebih dua jam pihak hospital dan bomba memujuknya untuk menyerahkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.56 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki cuba terjun bangunan di tingkat satu bangunan HDOK.

“Pasukan penyelamat kemudian memujuk lelaki terbabit dan berjaya menangkapnya,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, mangsa cedera ringan di bahagian bahu kiri dan diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.26 petang,” katanya.

Operasi menyelamat turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …