LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2024

“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” telah dipilih untuk  tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024

Berikut merupakan penjelasan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.

Penjelasan Logo

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghailkan corak simbolik tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara’.

Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

Penjelasan Tema

Malaysia Madani merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan 6 nilai teras utama.

Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif.

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.

Rasional Tema

Perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri.

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

#RONDARABU: MASJID IMANUL FA’IZIN

MASJID Imanul Fa’izin di Kampung Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan kini menjadi destinasi kunjungan ramai bukan sahaja untuk beribadat, sebaliknya …
Maklumat Lanjut

#RONDARABU: PASAR BUNOHAN

Bunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang yang menjadi  menjadi laluan utama dari selatan Thailand …
Maklumat Lanjut

KELANTAN PERUNTUK RM125.2 JUTA UNTUK KELESTARIAN PENDIDIKAN

Kerajaan negeri memperuntukkan RM125.2 juta untuk kelestarian pendidikan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) sepanjang tahun ini. Menteri Besar Kelantan, Datuk …
Maklumat Lanjut