26 OGOS HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN MELAKA

AYER KEROH 5 Ogos – Kerajaan Negeri mengumumkan 26 Ogos depan (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) Negeri Melaka.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad berkata, cuti tambahan itu diberikan bersempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mojd Ali Mohd Rustam.

“Pengisytiharan cuti ini selaras dengan Seksyen Seksyen 9(1), Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369),” katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan 26 Ogos ini sebagai cuti peristiwa yang dianjakkan sempena sambutan Hari Lahir Tun Dr. Mohd Ali pada tanggal 24 Ogos (Sabtu).

Selain itu, kata Ketua Menteri, pada tanggal itu juga Kerajaan Negeri berbesar hati menawarkan kepada rakyat Melaka dengan kad pengenalan 04 serta permastautin untuk menikmati kemasukan percuma di lokasi pelancongan terpilih.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …