KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MKN TERENGGANU KEPADA KETUA POLIS TERENGGANU

YBrs. Puan Wan Suhaini binti Wan Mohamad Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu telah mengadakan kunjung hormat ke atas YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu. Turut hadir bersama adalah DSP Mohd Shahrizan bin Abdullah, Penolong Pengarah (Polis) di MKN Negeri Terengganu, Encik Mohd Firdaus bin Ismail, Penolong pengarah MKN Negeri Terengganu dan Puan Nurul laila binti Suhaimi, Penolong pengarah MKN Negeri Terengganu. Turut sama adalah Ketua Cawangan Khas IPK Terengganu-YDH ACP Mohd Fauzi bin Abd Rahman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu IPK Terengganu-YDH ACP Arsad bin Kamaruddin, pada 4 Ogos 2024 bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Kunjungan hormat ini telah membolehkan banyak perkara yang menyentuh mengenai Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam di Terengganu dapat dibincang secara lebih dekat. Selain itu, ruang ini turut membincangkan peluang kerjasama dalam aspek keselamatan dan kesejahteraan awam. Diharapkan kunjungan hormat ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara MKN Negeri Terengganu dan Polis Terengganu.

Terima kasih YDH Dato’ Ketua Polis Terengganu atas kesudian menerima kunjungan hormat dari pihak MKN Terengganu dan moga jalinan kerjasama yang lebih mantap dapat diperkukuhkan Demi Negara Malaysia tercinta.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …