EKSPO ISLAM PERKENAL MELAKA PADA NEGARA LUAR

AYER KEROH 5 Ogos – Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabangsa (IITTE) 2024 menjadi medium dalam memperkenalkan Melaka kepada tokoh-tokoh luar negara daripada pelbagai sektor.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi ekspo itu sebanyak lapan kertas kerja telah dibentangkan untuk diterjemahkan dalam melestarikan negara.

“Saya dimaklumkan kertas kerja dibentangkan merangkumi isu perdagangan, pelancongan, perhubungan antarabangsa dan keterjaminan makanan peringkat global.

“Kerajaan Negeri amat menghargai usaha GISB Holdings (GISBH) kerana secara tidak langsung berjaya meningkatkan visibialiti Negeri Melaka ke negara luar.

“GISBH membawa masuk tokoh-tokoh penting mewakili pelbagai sektor ekonomi di peringkat antarabangsa seperti industri perdagangan, pelancongan, pertanian, penternakan, perniagaan, pelaburan dan kewangan.

“Bahkan terdapat juga dalam kalangan tetamu ini merupakan tokoh akademik, para ilmuan, para ulamak, imam dan mufti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup IITTE 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Badaruddin Mohd Kassim dan Pengerusi Eksekutif GISB Holdings (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berharap kertas kerja dibentangkan itu dapat diangkat dan diterjemahkan dengan tindakan pelaksanaan.

“Ini bagi memastikan hasrat murni kita untuk melestarikan negara dapat direalisasikan,” katanya.

Sementara itu, Rahmad dalam sidang media berkata lebih 300 delegasi luar negara telah hadir pada ekspo berkenaan.

“Saya kagum dengan pencapaian GISBH, syarikat ini bukan saja meneroka bidang perniagaan dan perkhidmatan, malah hubungan di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …