TERENGGANU AKTIF MEMANTAU AKTIVITI HARAM MERACUN DAN MENGEBOM IKAN

Jabatan Perikanan mengesan lima kes aktiviti meracun, mengebom dan menggunakan arus elektrik untuk ikan di seluruh negeri tahun ini. Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Rozaidi Mamat berkata, kaedah penangkapan ikan air tawar menggunakan cara itu boleh menyebabkan kepupusan pelbagai jenis spesies ikan dan hidupan akuatik lain.

Bagaimanapun, katanya, tiada tangkapan dilakukan berikutan mereka yang tidak bertanggungjawab itu dapat menghidu kehadiran pegawai penguat kuasa. Kerajaan melarang sekeras-kerasnya aktiviti meracun, mengebom dan menangkap ikan menggunakan arus elektrik.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988. Individu yang didapati bersalah kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah itu boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM500. Individu itu juga boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …