BULI SIBER; TANGGUNGJAWAB BERSAMA DI DUNIA DIGITAL

Isu buli siber merupakan permasalahan yang hangat diperbincangkan di Malaysia pada ketika ini. Buli siber merujuk kepada penggunaan teknologi digital seperti media sosial, pesanan teks, atau platform digital lain untuk menyebarkan mesej yang menghina, mencaci, mengugut, atau mengganggu individu secara berterusan. Ini secara tidak langsung boleh memberi kesan serius terhadap kesihatan mental individu yang terlibat.

Dari sudut kesihatan mental, buli siber boleh menyebabkan tekanan emosi yang tinggi, kecemasan, kemurungan, dan dalam kes yang teruk, mungkin mengundang pemikiran atau tingkah laku yang merosakkan diri sendiri seperti bunuh diri dan sebagainya. Individu yang menjadi mangsa buli siber mungkin mengalami kemurungan dan hilang minat dalam aktiviti sosial.

MKN Kedah melihat isu buli siber ini sebagai satu risiko ancaman keselamatan pada masa kini, bersesuaian dengan teras kelapan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, Keselamatan Rakyat. Tiga orang panel iaitu Encik Mohd Faizal Azizan, Pengarah Kawal Selia SKMM Negeri Kedah, Puan Nur Afiqah Mahmud, Pegawai Psikologi Kaunseling, Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan ASP Rosli Hanafi, Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar telah dijemput untuk mengupas isu ini mengikut perspektif jabatan masing-masing. Sementara itu, Penerbit dari Jabatan Penyiaran Negeri Kedah, Encik Nor Khairul Iskandar Abd Kadir telah meneraju perbincangan yang sarat dengan informasi ini.

Keseluruhannya, langkah untuk menangani buli siber ini memerlukan pendekatan holistik yang melibatkan pendidikan, sokongan emosi, penguatkuasaan undang-undang, dan kerjasama aktif dari semua pihak dalam masyarakat. Ia bersesuaian dengan motto Majlis Keselamatan Negara iaitu, ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’.

Hadir sama dalam program ini Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof dan Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid.

Sumber: Facebook Rasmi MKN Kedah

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut