KOLABORASI ANTARA AGENSI KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA DIPERKUKUH

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Sempadan (JKPS) telah dipengerusikan oleh Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato’ Fisol Salleh, bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah, dekat sini.
Mesyuarat ini menumpukan kepada penyelarasan tindakan menangani jenayah rentas sempadan inter-agensi terutamanya bagi isu-isu seperti penyeludupan diesel dan minyak bersubsidi, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan barang terlarang.
Dengan platform ini, kolaborasi antara Jabatan/Agensi yang mengawal sempadan negara diperkukuhkan lagi bagi memastikan segala isu terkait dengan jenayah rentas sempadan dapat dikekang dan dikawal.
Mesyuarat tersebut dianggotai agensi dan jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan kawalan sempadan negeri Kedah antaranya, Polis Diraja Malaysia, Markas Briged Keenam Infantri Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Kedah, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …