KESELAMATAN MENYELURUH; PEMBANGUNAN SEIRING KESELAMATAN

Delegasi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Kedah diketuai Pengarah Keselamatan Negeri, Puan Zuraini Mohd Yusof hari ini berkesempatan mengadakan satu lawatan ke tapak projek Delapan Special Border Economic Zone (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam (BKH).

Delapan atau sebelum ini dikenali sebagai Kota Perdana merupakan sebuah projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Lokasinya yang strategik kerana berhampiran dengan sempadan darat antarabangsa Malaysia-Thailand menjadikan projek ini sebagai suatu projek berimpak tinggi dan memerlukan tumpuan khusus melibatkan aspek keselamatan secara menyeluruh.

Ini merupakan lawatan kali kedua MKN Kedah ke Delapan di mana lawatan kali pertama telah diadakan pada bulan Disember tahun lalu. Sekali lagi, MKN Kedah berpeluang untuk menyampaikan pandangan mengenai keperluan pihak syarikat untuk memastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan sepanjang kerja-kerja pembangunan kawasan ini setelah mengambil kira lokasinya yang amat hampir dengan pos-pos kawalan dan kawasan operasi keselamatan sempadan negara.

Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Northern Gateway Sdn. Bhd, Encik Razwin Sulairee Hasnan Termizi, beliau menjelaskan bahawa SBEZ mampu memberi kelainan dan destinasi persinggahan pelancong yang melalui BKH untuk masuk ke dalam negara atau sebaliknya. Pulangan atau faedah pembangunannya dijangka bakal memberi dorongan dan limpahan ekonomi yang sangat baik bukan sahaja kepada negeri Kedah, malahan kepada negara.

Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid dan Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Nurul Hasri Abdullah Hashim.

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN PERTINGKAT KEMPEN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AGS) BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited dalam memperkasakan agenda perlindungan sosial menerusi pelaksanaan Kempen Antigangguan Seksual (AGS) …

BAHAYA MENGGUNAKAN BEKAS POLISTERIN UNTUK MEMBUNGKUS MAKANAN

Bekas makanan polisterin mungkin ringan dan mudah digunakan, tetapi kesannya kepada alam sekitar boleh berpanjangan. Penggunaan bekas makanan polisterin sudah …

BIJAK BAHASA: JAUHI KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN

Penggunaan bahasa Melayu yang tepat amat penting dalam penulisan rasmi. Elakkan penggunaan frasa yang berlebihan atau tidak lengkap seperti “Adalah …