KUNJUNGAN HORMAT APMM, LAWATAN SWASLA, DAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PEMBINAAN TUGU NEGARA

Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah-Perlis, Laksamana Pertama Romli bin Mustafa dalam satu siri lawatan kerja beliau ke Pulau Langkawi.

Sesi kunjung hormat kepada Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di negeri merupakan agenda utama Pengarah Keselamatan Negeri Kedah selepas menjawat jawatan tersebut sebagai usaha memahami senario keselamatan dan secara langsung meneruskan kerjasama sedia ada di antara kedua-dua agensi. Isu pencerobohan sempadan maritim samada melibatkan aktiviti penyeludupan dan aktiviti bot nelayan asing yang mencuri hasil negara merupakan antara perkara yang dibincangkan di dalam pertemuan ringkas tersebut. Pertemuan empat mata ini diharapkan akan terus memperkukuhkan hubungan strategik di antara MKN bersama agensi keselamatan di sempadan maritim, khususnya.

Dalam siri lawatan yang sama, Puan Zuraini turut berkesempatan melawat Pusat Operasi Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Langkawi bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh operasi pemantauan dan kawalan keselamatan perairan negara. Beliau telah diberikan penerangan ringkas mengenai pengoperasian sistem tersebut dan tindakan-tindakan agensi dalam memelihara keamanan dan keselamatan daripada ancaman di sekitar perairan.

Selain itu, Pengarah Keselamatan Negeri Kedah turut turun padang meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan tugu bendera di pulau-pulau sekitar Pulau Langkawi. Tugu-tugu tersebut dibina bagi menzahirkan kedaulatan negara dan mengesahkan pemilikan agar tiada lagi tuntutan boleh dilakukan oleh mana-mana entiti terhadap pulau-pulau di negara ini khususnya di perairan Langkawi. Lebih menarik, binaan tersebut dijangka mampu menjadi tarikan kepada pelancong yang menjalankan aktiviti air di sekitar pulau berkenaan. Sebanyak 9 buah pulau terlibat di dalam projek ini melibatkan kawasan perairan utara Langkawi.

Mengakhiri siri lawatan kerja rasmi ini, satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh MKN Kedah bagi meraikan Ketua-Ketua Jabatan di daerah ini. Kesempatan tersebut digunakan bagi mewujudkan kemesraan dan perkenalan bagi memudahkan perancangan bersama di kemudian hari.

Semoga usaha ini mampu menghasilkan impak baik kepada tahap keselamatan di daerah Langkawi.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …