BOT KARGO BERSAMA BARANGAN KAWALAN TANPA PERMIT DITAHAN DI PERAIRAN TAWAU

๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—จ (28 Mei): Sebuah bot kargo ditahan selepas disyaki membawa pelbagai barang kawalan tanpa permit sah di perairan Tanjung Batu menuju ke Pulau Sebatik di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihak menahan bot terbabit kira-kira jam 10.00 pagi ketika menjalankan โ€˜OP Pluto Timur dan Op Tiris berada dalam keadaan mencurigakan. Katanya, pemeriksaan awal mendapati bot terbabit bersama seorang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun bertindak selaku juragan bot berkenaan.

โ€œSelepas pemeriksaan menyeluruh dijalankan mendapati bot terbabit didapati membawa muatan 48 kilogram gula pasir paket, 34 kilogram minyak masak paket, dua tong gas LPG berisi dan tiga gelen minyak petrol anggaran 90 liter tanpa permit yang sah.

โ€œBot kargo, muatan serta juragan bot berkenaan ditahan serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak memiliki permit yang sah,โ€ katanya dalam kenyataan media hari ini.

Shahrizan berkata, pihaknya akan melaksanakan penguatkuasaan tanpa mengira kuantiti barangan dibawa berikutan modus operandi pengusaha membawa muatan secara berulang diambil kira.

โ€œKita menganggarkan kesemua barangan rampasan bernilai RM24,000 ditahan untuk siasatan atas kesalahan yang dilakukan. Maritim Malaysia memperkasakan tugas penguatkuasaan serta mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE),โ€ jelas Shahrizan.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

ย 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

ย Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. ย Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut