KERJASAMA MOSTI DAN SMJ DALAM APLIKASI SELESAIKAN ISU KEMISKINAN DI SABAH

PUTRAJAYA (28 Mei): Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyambut baik cadangan kolaborasi Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam mengaplikasikan teknologi untuk menangani masalah rakyat di negeri ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, melalui kerjasama dengan kerajaan negeri, MOSTI bersama agensinya akan mengenalpasti produk serta teknologi yang dapat membantu kerajaan negeri Sabah.

Katanya, beberapa perbincangan lebih menumpukan kepada meneroka peluang kedua-dua pihak untuk kerjasama dalam mengaplikasikan teknologi khususnya menangani masalah miskin tegar di Sabah.

“Antara masalah kemiskinan tegar dihadapi rakyat Sabah adalah tidak memiliki rumah, Indeks Jisim Tubuh (BMI) kurang daripada paras normal akibat kekurangan nutrisi yang seimbang.

“Selain itu, tidak mempunyai kemudahan asas serta tidak memiliki kualiti berpendidikan yang baik antara perbincangan bersama rombongan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Rosmadi Datu Sulai, hari ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, ketika membentangkan satu kertas kerja mengenai sistem SMJ Profiling Rosmadi berkata, kaedah memuat naik maklumat pendapatan, lokasi, bilangan isi rumah serta data yang berkaitan mengenai isu kemiskinan rakyat di Sabah.

“Selain itu, satu lagi kerjasama dibangkitkan SMJ bersama MOSTI adalah berkaitan dengan bidang dalam ekonomi biru. Ia merangkumi farmaseutikal bagi bioteknologi marin, penyahgaraman (desalination) untuk bekalan air, perkapalan, pembangunan sekitar pantai serta pemantauan dan pengawasan lautan,” jelas Rosmadi.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …