DBKK SERIUS DALAM PENGURUSAN POKOK MATANG, ELAK RISIKO KESELAMATAN WARGA BANDAR RAYA

KOTA KINABALU (28 Mei): Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengambil tindakan serius dalam meningkatkan tahap dan kualiti pengurusan pokok-pokok matang di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

Ini berikutan cuaca hujan lebat dan angin kencang yang sering melanda Kota Kinabalu mutakhir ini. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, DBKK melalui Jabatan Landskap akan menggandakan tindakan pemeriksaan dan penyelenggaraan rapi ke atas pokok-pokok matang mengikut jadual dan akan dilaksanakan secara bulanan.

“Kerja-kerja pemangkasan dahan pokok juga akan dilakukan dari semasa ke semasa selain meneliti tahap kesihatan pokok bagi mengenal pasti risiko pokok tumbang, selain menggandakan tindakan pemeriksaan kesihatan pokok dan penyelenggaraan pokok secara menyeluruh.

“Kerja-kerja pemangkasan pokok itu dibuat mengikut jadual di semua kawasan, tetapi tumpuan akan diberikan pada pokok- pokok matang di kawasan jalan-jalan utama.

“Di samping itu, penjagaan dan pemantauan kesihatan pokok yang efektif serta penyelenggaraan pokok yang rapi mengikut amalan arborikultur yang betul adalah sangat penting untuk dilaksanakan bagi mengelak berlakunya kes pokok tumbang sehingga mengakibatkan korban nyawa dan kerosakan harta awam,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, sehingga kini, 18,756 pokok matang atau pokok yang berusia berada di bawah seliaan DBKK dan kesemuanya akan terus dipantau dengan lebih teliti mengikut jadual yang telah ditetapkan.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …