PENYU PORT DICKSON PULANG BERTELUR, ORANG RAMAI JANGAN BUAT KACAU GANGGU

Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok di sini pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu. Telur berkenaan ditemui di Pantai Bagan Pinang kira-kira jam 8.30 pagi oleh ranjer penyu yang juga Pengerusi Pusat Pemuliharaan Penyu Glory Beach Resort, Hishamudin Abdul Manap.Menurut Hishamudin, kesemua telur tersebut telah dikutip dan dieramkan di pusat penetasan telur penyu di Glory Beach Resort.

Proses pengeraman ini akan ambil masa dua bulan dan berdasarkan pengalaman saya selama 15 tahun dalam bidang ini, biasanya 90 peratus telur-telur ini berjaya ditetaskan. Jadi memandangkan sekarang ini sudah mula musim pendaratan penyu, pihak renjer penyu akan mula membuat rondaan di kawasan pantai untuk mencari sarang penyu. Menurutnya, biasanya mereka akan menjejaki bekas trek penyu naik ke darat dan reptilia tersebut akan naik ketika air pasang.

Sementara itu menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe, bulan Mac hingga Oktober merupakan musim penetasan penyu agar dan penyu karah di Port Dickson setiap tahun. Dalam bulan ini saja sebanyak lima sarang telur penyu agar dan karah dijumpai di pantai Port Dickson dan sebanyak 456 biji telur telah diselamatkan. Pihaknya menasihat orang awam supaya tidak mengganggu, mengacau, mengutip dan jual telur penyu kerana dilindungi mengikut Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) 1976 Negeri Sembilan dan Akta Perikanan 1985. Orang ramai yang menjumpai penyu naik bersarang, cedera atau mati diharap dapat maklumkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …