KPD LAHAD DATU MASIH DISIASAT, BELUM ADA KEPUTUSAN MUKTAMAD

SIASATAN: Jauteh ketika ditemui media menjelaskan Ketua Polis Daerah Lahad Datu masih menjalani siasatan.

 

PAPAR: Polis masih meneruskan siasatan terhadap Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu berikutan kes kematian anaknya yang dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian pada 16 April lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, setakat ini belum ada lagi perkembangan terbaharu dan siasatan masih dijalankan berhubung kes terbabit.

Katanya, keputusan muktamad mengenai tindakan yang akan diambil terhadap KPD terbabit juga belum dapat dibuat selagi belum ada laporan penuh hasil siasatan.

“Siasatan terhadap Ketua Polis Daerah masih dijalankan kerana dia adalah pemilik pistol berkenaan,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kes remaja perempuan iaitu anak KPD Lahad Datu yang maut akibat tertembak diri sendiri.

Jauteh ditemui media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Papar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang di sini hari ini.

Beliau berkata, kes terbabit juga belum dapat dipastikan sama ada ia berlaku atas faktor kecuaian atau sebaliknya.

Dalam kejadian terbabit, anak perempuan KPD Lahad Datu yang berusia 14 tahun dilaporkan maut dipercayai tertembak diri sendiri dengan menggunakan pistol milik bapanya di kediaman mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Terdahulu pihak polis mengklasifikasi kematian remaja berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).

Susulan itu, tiga saksi termasuk ahli keluarga mangsa diambil keterangan dan sepucuk pistol jenis Walther P99 milik pegawai kanan  berkenaan turut dirampas untuk siasatan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut