PUSAT JANTUNG NEGARA DI SABAH, KERAJAAN PUSAT FAHAMI KEPERLUAN RAKYAT

PAPAR: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah adalah komitmen berterusan kerajaan Pusat bagi menjaga kepentingan kebajikan kesihatan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan Khususnya Perdana Menteri kerana memahami keperluan Sabah.

“Terima kasih memahami keperluan dan juga kepentingan rakyat kita di sebelah Wilayah Timur ini.

“Kita senang hati dengan pengumuman itu kerana ia akan memudahkan pesakit jantung di Sabah tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Parlimen Papar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang 2024 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat hari ini.

Beliau berkata, Pusat Jantung Negara di Sabah sangat diperlukan kerana aspek kesihatan ini cukup penting kepada rakyat.

“Bukan sahaja kesihatan, pendidikan dan sebagainya, pihak kerajaan persekutuan amat memahami dan ini amat kita hargai,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Anwar ketika ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu, mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara, di Sabah sekali gus menjadikan ia pusat rawatan jantung kedua terbesar negara selepas Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

Anwar berkata, penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan kardiologi di Hospital Besar Kota Kinabalu (Hospital Queen Elizabeth 2) setakat ini ada klinik pakar, ada makmal kateterisasi invasif dan bukan invasif, ada dewan bedah kardiotorasik, ada tiga pakar dan 120 jururawat terlatih tetapi saya fikir ini tidak mencukupi untuk keperluan rakyat Sabah.

“Maka dengan ini, saya umumkan bertempat di Kompleks Hospital Besar Kota Kinabalu, kemudahan khas iaitu blok khas untuk jantung negara yang disebut sebagai Pusat Jantung Negara Sabah. Dengan ini kita akan tambah segera tiga orang pakar, sokongan terlatih,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut