BELIA DIGALAKKAN TUBUH KOPERASI INDUSTRI SUKAN

KENANGAN: Ewon (empat kanan) bersama tetamu kehormat dan para peserta program merakamkan gambar kenangan.

PENAMPANG: Golongan belia dinasihatkan menceburi bidang keusahawanan melalui koperasi industri sukan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, mengambil contoh, Koperasi Esport Pahang Berhad yang diterajui golongan belia, ia telah mewujudkan sebuah akademi Pahang E-Sports Academy (PEA) bertujuan memberi didikan kepada atlet e-sports serta menyediakan perkhidmatan berkaitan aktiviti e-sports.

“Agensi-agensi di bawah kementerian saya seperti Bank Rakyat mempunyai skim pembiayaan industri sukan, begitu juga di bawah TEKUN Nasional turut menyediakan skim pembiayaan khas untuk mereka yang berniaga dalam sektor sukan.

“Oleh itu saya menyokong sepenuhnya sekiranya golongan belia di Penampang atau daerah-daerah lain di Sabah dan di seluruh negara mahu menubuhkan koperasi berkaitan sukan.

“Selagi saya di kementerian ini saya mahu membantu dari segi pembiayaan dan keperluan-keperluan lain yang bersesuaian agar lebih banyak koperasi industri sukan ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pertandingan Open UPKO Double Dart anjuran Pemuda Upko Penampang dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Komuniti Moyog Penampang, di Dewan Sigah, Kg.Tuavon, di sini, hari ini.

Ewon berkata, bagi memasyarakatkan koperasi agar lebih ramai memahami dan menubuhkan koperasi, kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus melaksanakan Program Memasyarakatkan Koperasi yang dimulakan sejak tahun lepas dan akan diteruskan pelaksanaannya.

“Sambutan Program Memasyarakatkan Koperasi itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada belia. Ada beberapa belia telah mengemukakan permohonan pendaftaran koperasi dan kita sangat mengalu-alukan dan berharap sambutan ini berterusan,” katanya.

Selain koperasi industri sukan, Ewon turut menggalakkan masyarakat supaya menubuhkan koperasi dalam agro makanan.

“Kelmarin saya telah melawat Ladang Ternakan Ayam milik Koperasi Kinabalu Lestari Berhad (KOKINA), di Kg. Mook Kinarut Papar.

“Koperasi ini baru ditubuhkan tahun lepas tetapi telah membina ladang ayam yang saiznya sangat besar dan sudah 70 peratus siap.

“Di bawah Tabung Modal Pusingan kita memperuntukkan RM100 juta untuk koperasi yang terlibat dalam agro makanan atau keterjaminan makanan.

“Maka saya mengalu-alukan masyarakat khususnya di Sabah supaya menubuhkan koperasi dalam sektor agro makanan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …