LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian badan pelanduk tanpa lesen, kira-kira tiga tahun lalu. Tertuduh Rusli Che Omar, 42; Jafri Md Taib, 49; Mohamed Khalid Ibrahim, 50; Azaruddin Yahaya, 40; Mohd Izammudin Zainol, 38; Mohd Yusof Mohamed Yunos, 39; Mahadir Osman, 41 dan Jasius Joseph, 36 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mazni Nawi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama telah didapati menyimpan tanpa lesen lapan bahagian Pelanduk (Tragulus javanicus) iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di dalam sebuah tong Coleman yang diletakkan di bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Land Rover. Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan dekat Kampung Talang, Empangan Talang, Kuala Pilah, kira-kira jam 1 tengah hari 17 Januari 2021.Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 60(1)(b), Akta 716 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 60(1) Akta 716.

Sekiranya disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Amanina Mohamad Anuar, menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh. Peguam, Hanif Hassan, mewakili Jafri, manakala tertuduh lain tidak diwakili merayu wang jaminan sebanyak RM2,000 kerana masing-masing mempunyai tanggungan. Selepas mempertimbangkan kesalahan dan rayuan, mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 seorang dan sebutan semula bagi serahan dokumen pada 12 Jun depan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut