TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak lagi perlu menggunakan masa yang lama seperti zaman terdahulu.

Namun, dalam menggunakan peralatan elektrik di rumah, ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil kira. Berikut adalah beberapa tips yang sesuai untuk dijadikan panduan:

  1. Lampu

Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar. Mentol yang sepadan perlu digunakan dan gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya terkena hentaman yang kuat.

 

 

  1. Elakkan Barangan Elektrik Terkena Air

Ramai juga yang kurang sedar mengenai air yang terkena pada barangan elektrik. Sebagai contoh, penggunaan periuk nasi elektrik yang permukaan periuk masih basah lalu diletakkan untuk menanak nasi adalah langkah bahaya kerana air masih ada dipermukaan bawah.

Ia boleh memberi kesan renjatan elektrik dan risiko lain.

 

  1. Keselamatan Mesin Penapis Air

Perhatian kepada pengguna mesin penapis air (tidak mengira jenama), sekiranya ingin pulang ke kampung atau ketika rumah tiada bekalan air, pastikan suis elektrik ditutup.

Ini kerana, sekiranya rumah terputus bekalan air, fungsi pemanas elektrik tetap berjalan seperti biasa dan menyebabkan overheating dan risiko kebakaran. Tindakan awal dapat menyelamatkan harta dan nyawa.

Berikut adalah cara tutup penapis air:

  • Anda boleh melihat pada badan penapis air adakah ia tersedia butang khusus iaitu samaada untuk pemanasan dan penyejukkan. Jikalau ada, boleh tutup melalui butang tersebut.
  • Kemudian, anda boleh menutup terus dari suis penapis air anda.
  • Jangan lupa untuk cabut plug sebagai langkah jimatkan elektrik.

 

  1. Jangan Guna Barangan Elektrik Terlalu Lama

Disarankan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan barangan elektrik dalam masa yang lama. Kesannya adalah ia boleh memberi tekanan kepada barangan jenis elektrik atau overheating. Barangan yang perlu diingatkan selalu adalah penggunaan periuk elektrik nasi, komputer riba, televisyen dan lain-lain.

  1. Pilih Barangan Elektrik yang Mempunyai Kecekapan Tenaga

Disarankan kepada orang ramai untuk lebih memilih produk elektrik yang mempunyai kecekapan tenaga kerana ia diyakini lebih selamat dan mengelakkan pembaziran. Alhasil daripada penggunaan barang yang mempunyai kecekapan tenaga juga memberi kelebihan kepada alam sekitar kerana kurangnya penggunaan elektrik.

Selain itu, perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.

  1. Soket Elektrik

Pastikan plug adalah sesuai dengan soket elektrik dan sekiranya terdapat anak kecil di rumah, sebaiknya letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan.

Sumber : FB Public Health, https://friendsofbombamalaysia.blogspot.com/, Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …