BOT ‘PINK’ TARIKAN ‘FLOATING MARKET’

AYER KEROH 17 April – ‘Floating Market’ atau Pasar Terapung Sungai Melaka Fasa 2 akan beroperasi sepenuhnya pada hujung bulan ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan, Perniagaan dan Korporat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Salman Salim berkata, setakat ini pihaknya sedang menunggu kemasukan seramai 30 peniaga di pasar berkenaan.

“Kita sediakan bot-bot warna ‘pink’ (merah jambu) sebagai tarikan kepada pengunjung, bot ini sudah disusun di tepi Sungai Melaka untuk para peniaga memulakan operasi nanti.

“Sudah tentu barangan dijual adalah produk makanan tempatan seperti asam pedas, kuih keria dan lain-lain yang melambangkan Negeri Melaka.

“Manakala bagi ruangan sebelah atas pula kita akan sediakan khemah dan tempat duduk bagi pengunjung atau pelancong yang mahu bersantai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Salman berkata, kewujudan pasar terapung itu dijangka merancakkan lagi aktiviti rekreasi di Sungai Melaka Fasa 2.

“Orang ramai jangan lepaskan peluang untuk merasai suasana berbeza makan-makan di tepi sungai,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …