DUA LOKASI DICADANG BINA R&R DI LTU – MB PAHANG

KUANTAN, 11 APRIL 2024 : Kerajaan Pahang telah mencadangkan dua lokasi bagi pembinaam Hentian Rawat dan Rehat (R&R) di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di negeri ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dua lokasi itu terletak di laluan Bentong-Raub dan Kampung Kechau Tui di Lipis.

“Yang pastinya dua kalau tak silap saya, di antara Bentong ke Raub dan juga di sebelah Kechau Tui di Merapoh sana yang akan dibuat (R&R) oleh pihak JKR, LLM dan juga Kerajaan Negeri termasuklah Kerajaan Tempatan.

“Bagi pihak kerajaan kita akan menyediakan tapak yang sesuai untuk dibina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, pagi tadi.

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

Turut mengiringi baginda ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut hadir YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail selaku tuan rumah, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Yaacob, YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, barisan Exco Kerajaan Pahang dan Ketua-Ketua Jabatan.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, tindakan jangka pendek telah pun dilaksanakan oleb Alam Flora dan Kerajaan Tempatan di mana tong-tong sampah telah disediakan di beberapa lokasi.

“Saya menyeru kepada pengguna-pengguna LTU supaya mereka seboleh-bolehnya janganlah membuang sampah sarap di merata-rata, carilah tempat yang kita telah tetapkan untuk sementara ini,” katanya.

Untuk rekod, LTU yang mula dibuka secara berperingkat sejak 2023 itu telah mula digunakan oleh orang ramai namun timbul masalah apabila banyak sampah sarap dibuang sewenang-wenang di laluan berkenaan kerana ketiadaan kemudahan R&R.

Sumber: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …