FOKUS MANTAPKAN KERJASAMA AGENSI KAWAL SEMPADAN

Kerjasama erat antara agensi keselamatan dalam melaksanakan kawalan dan operasi bersepadu dapat memastikan keselamatan di sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand terus terpelihara, sekali gus menjamin keselamatan negara.

Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof berkata, kerjasama itu sangat penting memandangkan negeri ini mempunyai keluasan sempadan yang agak besar dengan negara jiran.

“Keselamatan di sempadan itu menjadi keutamaan kita (MKN). Memang kita sasar untuk capai sifar pencerobohan walaupun susah nak realisasikan, tapi kita beri keutamaan supaya dapat meminimumkan pencerobohan daripada berlaku.

“MKN menyelaras operasi menyeluruh melibatkan agensi keselamatan di negara kita, kolaborasi antara jabatan terutama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri sendiri sangat baik,” katanya di sini, baru-baru ini.

Puan Zuraini berkata, kerjasama rapat termasuk melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang bersama-sama melaksanakan kawalan keselamatan ketika ini berjaya meminimumkan kes melibatkan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Puan Zuraini ketika menyantuni petugas keselamatan di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …