SISIPAN SEJARAH PADA 3 APRIL 1956: MESYUARAT TERTUTUP AHLI MAJLIS GERAKAN DARURAT

Pada hari ini dalam tahun 1956, telah berlangsung Mesyuarat Tertutup Ahli-Ahli Majlis Gerakan Darurat yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Mesyuarat yang dianggotai seramai tujuh orang ahli majlis itu telah diadakan bagi membincangkan hal berkaitan keselamatan negara khususnya berkenaan dengan ancaman daripada komunis. Satu kata sepakat telah dicapai oleh ahli majlis mesyuarat berhubung penolakan tawaran baru daripada pihak komunis untuk mengadakan rundingan semula dengan dengan mereka selepas kegagalan Rundingan Baling yang telah diadakan pada 28 Disember 1955. Tunku berpendapat bahawa sememangnya pihak komunis tidak boleh berkerjasama. Mesyuarat telah mengambil keputusan untuk membenteras dan mengapuskan pergerakan komunis secara besar-besaran dan seterusnya menamatkan Darurat yang telah diisytiharkan pada 19 Jun 1948. Sesungguhnya, kata sepakat yang dicapai di dalam mesyuarat ini dan sikap tegas ketua Menteri dalam usaha menghapuskan ancaman komunis merupakan antara faktor kepada kejayaan menumpaskan komunis yang membawa kepada keamanan dan kesejahteraan negara sehingga membawa kepada kemerdekaaan negara pada tahun 1957.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …