BRR RINGAN BEBAN RAKYAT, GALAK PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN JOHOR) komited mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di bulan Ramadan menerusi inisiatif Bazar Ramadan Rahmah (BRR).
Sebanyak RM160,000 diperuntukkan bagi penganjuran BRR di lapan lokasi terpilih yang turut menggalakkan peniaga menawarkan menu RAHMAH pada harga RM5 dan ke bawah kepada penduduk setempat.
Turut ditawarkan baucar Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20 kepada pengguna dan RM50 untuk peniaga bagi memperluaskan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) yang menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Untuk rekod, seramai 127 peniaga BRR di negeri ini, antaranya di Bazar Ramadan Perling Mall di Johor Bahru, Bazar Ramadan Taman Wawasan (Mersing), Bazar Ramadan Pesta Batu Pahat (Batu Pahat) dan Bazar Ramadan Laman SR Simpang Renggam (Kluang).
Selain itu, Bazar Ramadan Kipmart Kota Tinggi (Kota Tinggi), Bazar Ramadan Rezab MPPn Pekan Nanas (Pontian), Bazar Ramadan Taman Yayasan (Segamat) dan Bazar Ramadan Pusat Perniagaan Kampung Tengah (Muar).
Terdahulu, YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor mengadakan Walkabout BRR dan Program My Save Food Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Perling Mall, hari ini.
Mungkin imej 8 orang, tembikai dan teks
Mungkin imej 9 orang dan teks
Mungkin imej 9 orang dan teks
Mungkin imej 4 orang dan teks
Mungkin imej 2 orang, paella dan teks
Mungkin imej 5 orang dan teks
Mungkin imej 1 orang dan teks
Mungkin imej 3 orang dan teks
Mungkin imej 7 orang dan teks
Mungkin imej 12 orang dan teks

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …