KASTAM RAMPAS 380KG DADAH BERNILAI LEBIH RM12 JUTA DI KLIA

NILAI, 26 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan satu cubaan mengedar dadah selepas merampas 380 kilogram (kg) methamphetamine bernilai RM12.54 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 Mac lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata dadah itu dikesan selepas anggota Cawangan Narkotik Kastam menyita satu palet mengandungi 40 kotak yang diikrar sebagai pemacu cakera keras, dalam pemeriksaan pada pukul 7.30 malam.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati 32 daripada kotak itu mengandungi bungkusan teh herba Cina yang diisi dengan bahan kristal jernih disyaki methamphetamine.

Berdasarkan siasatan awal barangan itu didapati dihantar dari Kompleks Kargo Udara Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 18 Mac menggunakan laluan darat ke Kompleks Kargo Udara KLIA untuk dieksport ke Sydney, Australia menggunakan laluan udara.

“Tiada tangkapan dilakukan, kita syak dadah ini berasal dari luar negara iaitu segi tiga emas,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sazali berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan dengan rampasan itu, dianggarkan 1.9 juta individu dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut