CUBAAN BAWA MASUK DADAH DI PERAIRAN KUDAT GAGAL

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas sembilan paket dadah jenis Methamphetamine yang cuba dibawa masuk di kawasan perairan Kudat awal pagi kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, dalam operasi yang dijalankan dan maklumat diterima, pihaknya segera ke lokasi sekitar jam 4.30 pagi.

“Setibanya di lokasi iaitu lebih kurang 0.2 batu nautika timur Pulau Bankawan, Banggi, sebuah bot telah dikesan sedang bergerak dalam keadaan yang mencurigakan.

“Semasa cuba menghampiri bot terbabit, tiba-tiba bot berkenaan memecut laju menuju kawasan cetek hutan paya bakau berhampiran.

“Sekitar jam 4.50 pagi, sebuah bot jenis pam berwarna biru tanpa nombor pendaftaran berjaya ditemui tanpa penumpang dipercayai bot suspek yang ditinggalkan dan suspek dipercayai nekad terjun ke laut melarikan diri di kawasan hutan bakau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit menemukan sembilan paket lutsinar disyaki dadah jenis Methamphetamine dianggarkan lebih kurang 400gram dipercayai cuba dibawa masuk ke kawasan daratan.

Katanya, bot serta barang rampasan seterusnya dibawa masuk ke Jeti Marina Kudat dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Tambahnya, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM50,000.

“Berikutan daripada kejadian berkenaan, pihak Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Kudat membantu pihak Agensi untuk melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Maritim Malaysia dengan menghubungi talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …