PENJUAL DIDENDA RM4,000 MENYAMAR POLIS

Seorang penjual eksesori kereta dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah menyamar sebagai pegawai polis. Tertuduh Che Choon Shiung,46, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa berpura-pura memegang jawatan penjawat awam iaitu pegawai polis dengan mengetahui bahawa dia bukan seorang pegawai polis dan cuba untuk meminta kad pengenalan milik individu lain. Perbuatan itu dilakukan tertuduh di tepi jalan Batu Bakar, Bahau pada jam lebih kurang jam 10 malam pada 12 Mac lalu.Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap pada jam lebih kurang 9.45 malam, 13 Mac lalu sebaik seorang lelaki yang ditahan tertuduh sebelum meminta kad pengenalan membuat laporan polis. Tertuduh dalam rayuan meminta mahkamah mengurangkan hukuman denda berikutan hanya mempunyai pendapatan RM2,000 sebulan selain telah diisytiharkan muflis.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farahidah Zool Beri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …