ZON BEBAS KENDERAAN : DARIPADA KECAMAN MEMBAWA MANFAAT

BANDA HILIR – Landskap pelancongan negeri bertambah baik malah memberi manfaat kepada rakyat sejak Zon Bebas Kenderaan diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata meskipun pada awal pelaksanaan inisiatif itu menerima kecaman hebat dari warga tempatan namun kini persepsi terhadap pelaksanaan itu lebih positif.

Katanya, idea kreatif yang pada awalnya disifatkan tidak masuk akal oleh rakyat Melaka kini memberi manfaat kepada seluruh pihak.

“Pertamanya saya merasa kagum dengan hasrat Ketua Menteri,  kalau kita lihat Zon Bebas Kenderaan ini pada awal-awal pelaksanaan beliau terima tentangan hebat di media sosial hampir semuanya mengecam.

“Namun, mengenali beliau, Ketua Menteri ini seorang yang nekad dan menyatakan pada saya dengan satu ayat ini ‘Shadan kau terus buat’ itu yang betul-betul meyakinkan untuk kita laksanakan perkara ini sehingga kini.

“Selain nekad, saya boleh katakan beliau seorang yang berani dan cekal dan Alhamdulillah sehingga kini kita di Zon Bebas Kenderaan menerima reaksi positif dari pelbagai peringkat, peniaga, orang awam serta pelancong dalam dan luar negeri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata nekadnya Ab Rauf Yusoh membuatkan beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak semberono dalam membuat keputusan untuk negeri.

“Kesimpulannya saya melihat KM ini seorang figura pemimpin yang berani, cekal dan membuat keputusan cukup ‘firm’, beliau tidak ‘flip flop’.

“Beliau nekad, kalau membuat sesuatu akan buat betul-betul, dan buktinya di kawasan Zon Bebas Kenderaan pada awal pelaksanaan beliau turun melawat kawasan hampir setiap minggu.

“Dan kerana kebijaksanaan beliau itu juga MBMB meraih Anugerah Emas baru-baru ini atas inisiatif pelaksanaan mengurangkan karbon di Banda Hilir,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …