“AYUH SEMANGAT LAGI”

Kata-kata semangat dan dorongan merupakan satu kaedah yang dapat menguatkan individu yang sedang dalam kepenatan, kesusahan, apa jua keadaan negatif dan putus asa. Keluarga dan rakan lah pendorong utama, agar mereka tahu yang kegagalan dan negatif yang mereka hadapi sebenarnya ada pelbagai cara untuk diubah untuk menjadikan ia suatu pencapaian jika diusahakan dengan pelbagai alternatif yang lain. Tunjukkan kita bangga dengan kekuatan mereka untuk berusaha. Sedikit pujian pasti membawa kegembiraan yang besar di dalam hati mereka.
Pasti bulan puasa ini anak-anak ada yang berusaha berpuasa, tunjukkan rasa bangga walaupun mereka puasa separuh hari. Didik anak bersedekah, melaksanakan kerja kebaikan dan perkara positif kerana Ramadan dapat mendidik kita menjadi orang yang sentiasa memancarkan kebaikan. Latih dan dorong anak-anak kerana keluarga lah menjadi sebab anak-anak tak putus harapan, atau kita juga punca seseorang itu berubah ke arah yang lebih baik. Besar pahala nya tu kawan-kawan.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …