RAMADHAN; JOM KITA UBAH

Hari pertama Ramadan pasti pelbagai perasaan di rasai. Ada yang teruja untuk mengejar pahala dengan melipat ganda amalan, ada juga yang mengejar juadah berbuka di mana bazar yang akan dikunjungi dan sebagainya. Imbangi semuanya kerana Ramadan mengajar kita erti susah, sabar, dan merasai penderitaan orang miskin.
Jom kita ubah!! Ramadan kali ini kita bantu ahli keluarga atau rakan supaya mereka tidak rasa sedih dan keseorangan. Kerana perasaan ini akan membuatkan kita mengasingkan diri dan mengelak untuk bersosial dengan persekitaran. Mari kita hulurkan sokongan emosi kepada mereka yang memerlukan. Dan jika kita yang merasai keseorangan, ingat Allah sentiasa bersama umatnya.
Ramadan ini jom ke masjid untuk berbuka, solat berjemaah, tarawikh, moreh dan Qiamullail. Imarahkan majid dan mengenali pelbagai individu untuk melihat bahawa kita tidak keseorangan dan ramai yang boleh membantu yang penting kita perlu ubah samada kita yang membantu atau kita dibantu. Salam Ramadan 1445H.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …