BEREHAT BUKAN BERHENTI

Keluarga perlu tahu dan sedar akan perubahan yang berlaku kepada anak-anak samada ia perubahan yang positif atau negatif. Jika perubahan positif berlaku ayah ibu perlu tahu apa faktor pendorong mereka berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Contoh solatnya di awal waktu, menolong ibu bapa, fokus belajar dan sebagainya. Kena tahu supaya ibu bapa boleh membantu perubahan ini terus kekal.
Tetapi bila perubahan negatif perlu cari punca dan solusi. Semua orang perlu bertenang, berkomunikasi dan mungkin perlu berehat seketika. Ambil cuti, luangkan masa dan melakukan aktiviti bersama keluarga. Yang penting masa bersama membantu ibu ayah mengetahui perasaan anak kenapa berubah.
Ingat!! kegembiraan dan keceriaan membantu anak-anak hadapi kesukaran yang dihadapi dengan lebih rasional.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut