MKN PERAK LAKSANA COMSEC PLOGGING HEROES 2024

LUMUT, 5 Mac 2024 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dengan kerjasama Co-opbank Pertama Sdn Bhd Daerah Manjung serta Majlis Perbandaran Manjung telah bersama dalam menjayakan COMSEC Plogging Heroes 2024.

Program ini bertujuan untuk memperindah kawasan di pesisir pantai Teluk Senangin yang juga merupakan satu inisiatif murni dalam mendidik masyarakat awam terhadap kelestarian alam sekitar serta semangat kebersamaan dalam memastikan tanggungjawab sosial ini dipikul secara bersama.

Majlis yang turut disertai oleh para peserta dari 25 buah agensi di daerah Manjung ini turut disokong sepenuhnya oleh Komuniti Teluk Senangin dan telah membuahkan hasil signifikan dengan jumlah timbangan sisa / sampah sarap sebanyak 390kg.

Sesi taklimat dan pameran kempen kitar semula yang diketuai oleh Encik Mohd Afiq bin Ahmad, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Manjung turut menyerikan program pada pagi ini.

Turut hadir YBrs Tn Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Perak, Puan Aieen Rabiatul Adawiyah binti Amin, Penolong Pengurus Co-opbank Pertama Cawangan Manjung serta Encik Mohd Fikri Abdulllah, Jabatan Pembangunan Komuniti Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.

Semoga dengan titik tolak usahasama ini dapat dijadikan pemangkin dan iltizam buat segenap lapisan masyarakat untuk terus memastikan keindahan dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …