PERSIAPAN UNTUK AI MENGGANTIKAN KERJA MANUSIA

Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan merupakan kecerdasan dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana pemikiran manusia. AI kini semakin maju dan hari demi hari, sedikit demi sedikit telah menggantikan kerja manusia dalam pelbagai bidang. Antara kerja manusia yang berpotensi untuk menggunakan AI sepenuhnya ialah penulis, penjual, pereka grafik dan jurufoto. Berdasarkan kepada kemajuan pesat AI juga, kerja-kerja seperti translator, proofreader, khidmat pelanggan, doktor dan videographer berpotensi untuk digantikan dengan AI pada masa akan datang.

Oleh itu, kita perlu bersiap sedia bermula sekarang dalam menghadapi dunia AI yang sangat pesat berkembang dengan:

  1. Belajar kemahiran baru – Kita tidak boleh selesa dengan kemahiran yang kita ada sebaliknya sentiasa mempelajari kemahiran-kemahiran baharu seperti programming, data analysis, creative thinking, problem solving dan lain-lain. Kemahiran baharu ini membolehkan kita beradaptasi dengan AI.
  2. Sentiasa positif – AI bukanlah musuh kepada manusia. AI sebenarnya boleh memudahkan manusia dengan membantu melaksanakan kerja lebih cepat, mudah dan baik. AI membuka peluang baharu kepada manusia untuk berinteraksi dengan AI. Oleh itu, kita perlu bersikap positif dan menerima AI sebagai kawan.
  3. Berkongsi pengalaman – Pengalaman tidak dapat dimiliki oleh AI. Pengalaman yang diperolehi menunjukkan bahawa kita mempunyai ilmu, kemahiran dan personaliti yang unik. Oleh itu, berkongsi pengalaman dengan orang lain terutamanya golongan muda membolehkan kita membimbing golongan muda untuk menggunakan AI dengan bijak.

Kesimpulannya, AI masih memerlukan manusia dan akan ada peluang kerja baharu disebabkan oleh penggunaan AI. AI akan menggantikan manusia tetapi bukan untuk semua kerja. Manusia perlu manfaatkan AI sebaiknya.

Artikel/Berita Terkini

UBAT TIDAK SAH ?

“𝘒𝘦𝘮𝘶𝘯𝘤𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘶𝘣𝘢𝘵 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳, 𝘱𝘢𝘭𝘴𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘣𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳𝘥 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘮𝘣𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘤𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘬𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘢𝘸𝘢𝘮. 𝘞𝘏𝘖 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘨𝘨𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 1 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 …
Maklumat Lanjut

LEBIH 1,000 PELITA RAYA HIASI R&R PERASING SAMBUT KEPULANGAN PERANTAU

Lebih 1,000 pelita raya menerangi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing dari malam bermula 22 Mac hingga malam raya sebagai …
Maklumat Lanjut

PENGURUSAN KARBON UNTUK MASA DEPAN LESTARI

Perubahan iklim merupakan salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh dunia hari ini. Untuk menangani masalah ini, kita perlu memahami …
Maklumat Lanjut