KERAJAAN BELANJA RM78.73 JUTA BANTU B40 DAPAT RAWATAN DI KLINIK SWASTA

SHAH ALAM, 29 FEB: Sejumlah RM78.73 juta dibelanjakan kerajaan setakat ini menerusi Skim Perubatan MADANI bagi memberi khidmat perubatan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) di klinik swasta.

Menteri kesihatan berkata fasa satu skim dilancar pada 15 Jun 2023 di 10 kawasan iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling, Klang, Johor Bahru, Kinta, Timur Laut, Kota Kinabalu dan Kuching.

Seterusnya diperluas ke 11 lagi kawasan bagi fasa dua dan kemudiannya ke seluruh negara pada 19 September lalu yang mana berdasarkan perbelanjaan lepas dan unjuran semasa anggaran perbelanjaan seminggu di 10 daerah fasa satu adalah RM1.7 juta seminggu.

“Bermula 26 Februari Skim Perubatan MADANI menumpukan kepada 10 kawasan fasa satu bagi tujuan memantapkan dan memperkemaskan lagi operasi skim ini selain mengambil kira kemampanan pembiayaan kewangan kerajaan,” kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau menjawab soalan Dato’ Dr Alias Razak (PAS-Kuala Nerus) yang mahu tahu justifikasi kerajaan meneruskan skim berkenaan hanya di 10 daerah fasa satu di Dewan Rakyat hari ini.

Dzulkefly menjelaskan skim itu adalah inisiatif rintis bagi mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma fasiliti Kementerian Kesihatan seluruh negara.

“Dalam merangka apa juga dasar kesihatan ia mesti memenuhi hasil kesihatan yang lebih baik, lebih mampan dan pembiayaan yang lebih mantap dan berjangka jauh,” katanya.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …